Soalan Lazim

Berikut adalah soalan-soalan yang sering diajukan oleh pengunjung Portal Rasmi PBS. Jika anda mempunyai sebarang soalan yang tiada di dalam Soalan Lazim ini, anda boleh mengisi Borang Maklumbalas atau menghubungi Pn. Rohaiza Binti Ngadnin@Ngadenin (Pegawai Khidmat Pelanggan)

  • Soalan

Bagaimanakah cara memohon jawatan di Politeknik Banting Selangor ?

Jawapan
Sebarang permohonan bagi jawatan PENSYARAH bagi politeknik mestilah melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran. Untuk maklumat lanjut boleh layari www.spp.gov.my. Manakala bagi sebarang jawatan selain daripada tenaga pengajar mestilah melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia. Sila layari www.spa.gov.my untuk keterangan lanjut.

  • Soalan

Bagaimana untuk memohon masuk ke PBS ?

Jawapan
Bagi mengetahui cara kemasukan ke Politeknik Banting Selangor, sila layari http://www.politeknik.edu.my/portalbpp/index.asp

  • Soalan

Apakah program yang ditawarkan di PBS ?

Jawapan
PBS menawarkan program DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL dan DIPLOMA KEJURUTERAAN PENYENGGARAAN PESAWAT.

  • Soalan

Adakah PBS menyediakan asrama bagi pelajar ?

Jawapan
Ya. PBS mempunyai 2 blok 5 tingkat asrama pelajar lelaki dan 1 blok 5 tingkat untuk asrama pelajar perempuan. Keseluruhan 3 blok asrama dapat menampung kapasiti seramai 1500 orang pelajar.