Piagam Pelanggan

 

  • Proses pendaftaran pelajar diselesaikan dalam tempoh sesi pendaftaran semasa bagi calon yang mengemukakan dokumen lengkap.
  • Perlaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran diselesaikan dalam tempoh 15 minggu kuliah yang telah ditetapkan.
  • Perlaksanaan 100% Sistem Penasihatan Akademik bagi pensyarah dan pelajar di sepanjang tempoh pengajian di politeknik.
  • 100% pelajar mendapat tempat latihan industri dalam masa sekurang-kurangnya 1 minggu sebelum melapor diri di industri.
  • Memastikan 100% pelajar mencapai tahap 3 kemahiran generic (GSA) dalam tempoh 3 tahun pengajian.
  • Keputusan penilaian diumumkan kepada pelajar pada tarikh keputusan rasmi.
  • Pelaksanaan 100% dasar bagi pemantauan oleh seorang pensyarah kepada lima orang graduat (1L5G) untuk tempoh 6 bulan.
  • Tindakan ke atas maklumbalas pelanggan diambil dalam tempoh 2 minggu.