Unit Penyelidikan, Inovasi & Komersial (UPIK)

 

Unit Penyelidikan, Inovasi dan Komersil (UPIK) diwujudkan dalam sistem pengajian Politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia bagi menjadi nadi penggerak dalam usaha membudayakan penyelidikan dan inovasi dalam kalangan pensyarah, staf dan juga pelajar di PBS.

FUNGSI

  • Menyelaras aktiviti-aktiviti penyelidikan dan inovasi di peringkat PBS.
  • Mengurus dan mengendali seminar, kolokium dan pertandingan produk inovasi Pelajar & Staf di peringkat PBS.
  • Menyelaras penyertaan PBS di dalam seminar penyelidikan dan pertandingan inovasi di dalam dan di luar PBS.
  • Menggalakkan dan memantau pembentangan kertas kajian di seminar / bengkel / persidangan di peringkat politeknik / zon / kebangsaan / antarabangsa.
  • Menyelaras keperluan sumber dan bajet bagi menjalankan aktiviti penyelidikan dan inovasi di peringkat PBS.