Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan

Unit latihan dan pendidikan lanjutan bertanggungjawab untuk merancang dan melaksanakan pelbagai program pembangunan bagi staf Politeknik Banting Selangor dan juga mengenalpasti serta mengasah potensi bagi setiap staf akademik dan pentadbiran. Dalam rangka memenuhi tujuh hari kursus bagi setiap staff bagi mencapai matlamat modal insan, unit ini telah merancang pelbagai program latihan bagi staf akademik dan staf bukan akademik. Kursus luaran datangnya daripada Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, INTAN, Jabatan Perkhidmatan Awam dan juga kursus daripada Politeknik dan Kolej Komuniti yang lain.

Pelaksanaan program pembangunan staf melibatkan :-

  • Latihan dalaman seperti bengkel
  • Latihan luaran termasuk seminar dan persidangan