Unit Pentadbiran dan Kewangan

Fungsi Bahagian Pentadbiran dan Kewangan

Bahagian Pentadbiran dan Kewangan berfungsi untuk merancang, melaksana dan memantau aktiviti pentadbiran am, pengurusan sumber manusia dan sumber kewangan serta memberi khidmat sokongan kepada semua kakitangan dan lain- lain bahagian di politeknik ini.


Selain daripada itu fungsi seksyen pentadbiran termasuklah mengurus penggunaan dan penyelenggaraan kenderaan pejabat, pendaftaran fail-fail terbuka dan dokumen-dokumen terperingkat, perolehan dan pengurusan stor pentadbiran. Seksyen ini juga bertanggungjawab atas kebersihan dan penyelenggaraan bangunan, penerimaan serta penghantaran surat-surat dan bungkusan-bungkusan.

Fungsi Seksyen Kewangan termasuklah menguruskan belanjawan mengurus, dan urusan pembayaran dan perolehan melalui pembelian terus dan sebutharga.


Seksyen Pengurusan Sumber Manusia bertanggungjawab dalam urusan-urusan perlantikan, pengesahan lantikan, pengesahan jawatan dan perjawatan. Urusan peperiksaan pegawai-pegawai penguatkuasa Jabatan juga diuruskan oleh seksyen ini. Hal-hal perkhidmatan pegawai seperti permohonan cuti, pertukaran dan kenaikan pangkat serta tindakan tatatertib dan lian-lain.


Seksyen Pengurusan Aset telah ditubuhkan selaras dengan Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 2007 untuk menguruskan aset-aset dan stor jabatan ini.

 

Objektif Bahagian Pentadbiran dan Kewangan

  • Memberi khidmat sokongan pentadbiran. kepada Politeknik Banting.
  • Membantu mempertingkatkan pembaharuan sistem pentadbiran jabatan.
  • Merancang, mengurus dan mengawal kewangan dan perakaunan.
  • Mengurus dan mengawal peruntukan bagi belanja mengurus dan pembangunan.
  • Merancang, mengurus dan mengawasi hal ehwal sumber manusia.
  • Mengurus, merancang dan mentadbir hal ehwal perjawatan.
  • Memastikan unit-unit di bawah kawalan mematuhi segala peraturan yang ditetapkan oleh Arahan Perbendaharaan, Akta Acara Kewangan dan pekeliling-pekeliling.
  • Membangun dan membuat penambahbaikan ke atas prosedur dan proses kerja dari masa ke semasa.
  • Menghadiri pemeriksaan Belanjawan Tahunan.
  • Membentang laporan berkaitan dengan kewangan dan perakaunan kepada pihak atasan.
  • Menganggotai Jawatankuasa Sebutharga Politeknik Banting.