Unit Perhubungan dan Latihan Industri

Unit Perhubungan dan Latihan Industri merupakan satu unit di politeknik yang bertanggungjawab untuk melaksanakan segala urusan dan aktiviti berkaitan latihan industri. Unit ini diketuai oleh pegawai perhubungan dan latihan industri dan dibantu oleh penyelaras-penyelaras latihan industri jabatan. Program latihan industri merupakan syarat wajib kepada pelajar semester empat. Tempoh latihan industri bagi satu sesi latihan adalah selama 20 minggu.

Program latihan industri memainkan peranan penting dalam mendedahkan pelajar politeknik kepada situasi sebenar sebelum memasuki pasaran kerja. Unit ini amat mengalu-alukan penglibatan firma-firma ataupun badan kerajaan untuk menempatkan pelajar-pelajar Politeknik Banting Selangor menjalani latihan industri seterusnya memberi bimbingan dan tunjukajar kepada pelajar-pelajar.

 

OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI

  • Membina personaliti individu yang baik
  • Boleh berkomunikasi dengan berkesan
  • Mengamalkan etika dan peraturan kerja yang baik
  • Memberi pendedahan ke alam pekerjaan
  • Menghasilkan laporan latihan industri