Unit Peperiksaan

FUNGSI

  • Melaksanakan dan mengurus aktiviti peperiksaan pelajar.
  • Merancang dan melaksanakan dasar berkaitan Peperiksaan dan Penilaian Politeknik.
  • Merancang pembangunan dan pengoperasian Sistem Pengurusan Bank Soalan Politeknik.
  • Merancang dan memastikan keberkesanan kompetensi berkaitan peperiksaan dan penilaian termasuk pembinaan item dan kaedah pemastian kualiti.
  • Menggubal spesifikasi semua bentuk pengujian dan pengukuran, kaedah pentadbiran, bentuk pelaporan dan pengawalan mutu alat-alat pengukuran.
  • Melaksanakan arahan-arahan dan keputusan Lembaga Peperiksaan dan Penganugerahan Sijil/Diploma Politeknik.
  • Memantau perlaksanaan keseluruhan Sistem Peperiksaan dan Penilaian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi.

 

MAKLUMAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN

  • Slip keputusan yang dicetak perlu dibawa semasa pendaftaran pada sesi yang akan datang.
  • Rayuan keputusan peperiksaan hendaklah dibuat dengan surat rasmi kepada Jawatankuasa Peperiksaan Politeknik Banting Selangor dalam tempoh empat belas (14) hari daripada tarikh keputusan rasmi diumumkan. Rayuan lewat dari tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan. Rayuan keputusan peperiksaan perlulah disertakan dengan bahan/dokumen bukti sebagai sokongan (Buku Arahan-arahan Peperiksaan dan Kaedah Penilaian).
  • Rayuan menyemak semula skrip jawapan peperiksaan hendaklah dikemukan secara bertulis kepada Jawatankuasa Peperiksaan Politeknik dalam tempoh empat belas (14) hari daripada tarikh keputusan rasmi diumumkan. Setiap rayuan semakan perlu disertakan dengan bayaran RM25.00 bagi setiap kursus dalam bentuk wang pos atas nama Pengarah Politeknik Banting Selangor. Keputusan rasmi selepas rayuan tersebut adalah muktamad (Buku Arahan-arahan Peperiksaan dan Kaedah Penilaian).
  • Tuntutan Transkrip Akademik bagi pelajar semester akhir yang menamatkan pengajian dengan jayanya hanya dibenarkan setelah dimaklumkan melalui laman web rasmi PBS. Sijil/Diploma dikeluarkan selepas majlis konvokesyen berlangsung.