Approved Training Organisation (ATO)

PENGENALAN PBS-AMT

Politeknik Banting Selangor telah diiktiraf sebagai ATO oleh CAAM pada 20 April 2018 bagi Kategori A1 iaitu Turbin kapalterbang (aeroplanes turbine). Pelajar yang akan mengikuti program perlesenan ini adalah terdiri daripada pelajar Jabatan Penyenggaraan Pesawat. Sebanyak 12 modul  DCAM Part 66 ditawarkan di PBS - AMT di mana modul ini telah digabungkan dengan struktur kurikulum bagi program Diploma Kejuruteraan Penyenggaraan Pesawat yang telah mendapat pengiktirafan MQA (MQA/FA 3544).

Latihan penyenggaraan pesawat di PBS-AMT ini adalah dikenali sebagai kursus latihan asas yang terdiri daripada latihan pengetahuan, peperiksaan pengetahuan, latihan praktikal dan penilaian praktikal yang dikendalikan oleh pensyarah – pensyarah daripada Jabatan Penyenggaraan Pesawat yang juga merupakan subject matter expert (SME) dan seorang jurutera penyenggaraan pesawat berlesen (LAE).

Kelebihan PBS-AMT adalah, di akhir pengajian, pelajar berdaftar untuk program perlesenan akan mendapat dua sijil kelayakan iaitu Diploma Kejuruteraan  Penyenggaraan Pesawat (diiktiraf oleh MQA / ETAC) dan Sijil Perlesenan Juruteknik Penyenggaraan Pesawat (mengikut DCAM Part 66). Dengan adanya kedua-dua kelayakan ini, para pelajar akan mempunyai peluang yang lebih cerah dalam prospek kerjaya di dalam bidang penerbangan (aviation) terutamanya.

Memandangkan Malaysia kini sedang membangun dalam bidang penerbangan, lebih banyak syarikat penerbangan kini memerlukan juruteknik penyenggaraan pesawat berlesen untuk membolehkan mereka bekerja di syarikat mereka. Dari segi prospek kerjaya, pekerjaan bagi yang mempunyai dua kelayakan lebih terjamin dalam bidang penerbangan.

Sila klik DI SINI untuk capaian Carta Organisasi PBS-AMT.

Sila klik DI SINI untuk capaian Sijil Perakuan ATO.

Sila klik DI SINI untuk capaian Carta Alir Program AML DCAM Part 66.

Berikut adalah rujukan Peraturan-peraturan Penerbangan Awam:

 Berikut adalah rujukan Airworthiness Notices:

Sila klik DI SINI untuk capaian Borang Pendaftaran Pelajar PBS-AMT.

Sila klik DI SINI untuk capaian Borang Maklumbalas Pelajar.