Unit Jaminan Kualiti

Objektif penubuhan unit ini adalah sebagai pendekatan kepada pengurusan organisasi PBS yang berpusatkan kualiti dengan penyertaan daripada semua warga PBS dan bermatlamatkan kejayaan jangka panjang menerusi kepuasanan pelanggan dan faedah kepada warga PBS.

UJK bertindak sebagai menyelaras,  merancang, melaksana dan memantau keberkesanan program-program berkaitan sistem pengurusan kualiti dan mengimplementasikan sistem pengurusan kualiti ke arah memantapkan peranan warga PBS yang responsif, proaktif dan komited terhadap kesinambungan kecemerlangan organisasi dalam mewujudkan budaya kerja cemerlang serta mengamalkan penambahbaikan berterusan kearah merealisasikan visi, misi dan dasar kualiti penubuhan PBS.