Jabatan Pengajian Am

PENGENALAN JABATAN

Jabatan Pengajian Am (JPA) adalah jabatan sokongan akademik yang terdiri daripada Unit Bahasa Inggeris dan Unit Pengajian Islam yang bertanggungjawab melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran.  JPA berusaha untuk melahirkan pelajar-pelajar yang proaktif, berwibawa dan cemerlang terutamanya dalam komunikasi Bahasa Inggeris serta memiliki sahsiah yang tinggi, rohani yang kukuh dan akidah yang mantap. Kursus-kursus Bahasa Inggeris berperanan besar dalam membekalkan para pelajar dengan ilmu kemahiran komunikasi dan menulis dalam bahasa Inggeris yang sangat diperlukan bagi menghadapi cabaran alam pekerjaan yang semakin mencabar. Manakala, kursus-kursus Pengajian Islam berperanan memberi pendedahan serta bimbingan kepada pelajar PBS berkaitan dengan cara hidup Islam melalui pengisian rohani pelajar agar menjadi modal insan yang memiliki nilai-nilai akhlak dan moral sejagat, menjadi individu yang beriman dan beramal soleh, serta seimbang dan bersepadu antara ilmu dan amal.

Kursus-kursus Jabatan Pengajian Am:

  1. DUE 1012 (Communicative English 1)
  2. DUE 3012 (Communicative English 2)
  3. DUE 5012 (Communicative English 3)
  4. DUB 1012 (Pengajian Malaysia)
  5. DUA 2012 (Sains, Teknologi dan Kejuruteraan Islam)
  6. DUB 2012 (Nilai Masyarakat Malaysia)
  7. DUA 6022 (Komunikasi Penyiaran Islam)

 

OBJEKTIF JABATAN PENGAJIAN AM

  1. Melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dan pelbagai aktiviti yang membantu pelajar menguasai  Bahasa Inggeris melalui kemahiran lisan dan bertulis sebagai persediaan menghadapi alam pekerjaan dan kehidupan seharian di peringkat global.
  2. Melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dan pelbagai aktiviti yang membentuk pelajar melalui penerapan nilai kerohanian, nilai kemurnian Islam sejagat bagi kehidupan seharian pelajar dan alam kerjaya, berketerampilan dan sahsiah pelajar dan alam kerjaya, berketerampilan dan sahsiah yang baik selari dengan Falsafah Pendidikan Negara.

 

Klik DI SINI untuk melihat Carta Organisasi Jabatan Pengajian Am.