Jabatan Hal Ehwal Pelajar

VISI

Menjadi institusi latihan teknikal bereputasi tinggi menjelang 2020

MISI :

Untuk melahirkan modal insan yang holistik bagi memastikan kebolehpasaran graduat yang tinggi

DASAR KUALITI :

PBS bertekad untuk membangunkan kecemerlangan pelajar bagi memastikan pelajar memperoleh nilai kebolehpasaran dan tahap

kesediaan kerjaya yang tinggi serta memenuhi kehendak pelanggan melalui proses penambahbaikan berterusan.

PIAGAM PELANGGAN UNIT HAL EHWAL PELAJAR (PENGAMBILAN & DATA)

Kami berjanji untuk memberi perkhidmatan seperti berikut

  • Pendaftaran pelajar baharu akan diselesaikan pada hari yang sama pelajar sampai untuk mendaftar.
  • Permohonan Pertukaran Program yang lengkap akan diproses dalam tempoh 2 hari bekerja dari tempoh permohonan diterima.
  • Permohonan Pertukaran Politeknik yang lengkap akan diproses dalam tempoh 2 hari bekerja dari tempoh permohonan diterima.
  • Permohonan Berhenti Pengajian yang lengkap akan diproses dalam tempoh 2 hari bekerja dari tarikh permohonan diterima.
  • Kami menjaminkan layanan yang mesra dan bersedia membantu semasa anda berurusan dengan kami. 

PIAGAM PELANGGAN  UNIT HAL EHWAL PELAJAR (KEBAJIKAN & DISIPLIN)

Kami berjanji untuk memberi perkhidmatan seperti berikut :

  • Membantu pelajar yang berdaftar mendapatkan penaja mengikut peringkat program yang ditawarkan.
  • Memastikan semua pelajar dilindungi insurans mulai hari pertama pendaftaran dan di sepanjang tempoh pengajian.
  • Membantu pelajar atau waris pelajar menyediakan dokumen tuntutan  insurans untuk diserahkan kepada pihak insurans.
  • Menyediakan maklumat penginapan  luar kampus kepada pelajar dalam masa 30 hari sebelum semester berakhir.
  • Memaklumkan kematian dan kemalangan pelajar kepada waris dan pihak tertentu dalam tempoh 24 jam dari masa kejadian atau terima laporan.
  • Menentukan kes disiplin pelajar dikendalikan secara pentadbiran atau perundangan atau pihak berkuasa (polis, jabatan agama islam dan mahkamah) dalam tempoh 2 hari setelah menerima pengaduan salah laku pelajar tersebut.

 1. PENGURUSAN BIASISWA & PINJAMAN PELAJARAN

Unit ini bertanggungjawab:

  • Membantu pelajar yang berdaftar mendapatkan penaja sama ada dalam bentuk biasiswa atau pinjaman dengan memaklumkan segala maklumat terkini mengenai bantuan pelajaran kepada pelajar.
  • Memastikan pelajar menerima bantuan kewangan dengan teratur sepanjang pengajian dengan menghantar pengesahan status pelajar kepada penaja terbabit selepas keputusan peperiksaan diumumkan pada setiap semester.
  • Memastikan pelajar hanya memilih satu penaja sahaja.
  • Menyediakan dan menguruskan temuduga/taklimat pinjaman bagi mana-mana penaja.
  • Membantu pelajar-pelajar berstatus OKU memohon insentif khas iaitu bantuan wang saku dan yuran yang disediakan oleh KPM. 

Bagi Pelajar Program Diploma Sahaja

Penaja utama untuk pinjaman pendidikan adalah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Biasiswa utama yang ditawarkan pula ialah daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Selain itu, penajaan pinjaman turut ditawarkan di peringkat negeri iaitu Yayasan Pelajaran Negeri seperti Yayasan Pelajaran Johor, Yayasan Pelajaran Selangor, Yayasan Pelajaran Pahang dan Yayasan Sabah dan Sarawak yang mana setiap negeri di Malaysia mempunyai dana kewangan tersendiri yang diperuntukkan oleh kerajaan negeri untuk diberikan sebagai pinjaman kepada setiap anak negeri yang berjaya melanjutkan pelajaran ke IPT.  Setiap anak negeri berhak untuk melakukan permohonan mendapatkan pinjaman pelajaran di negeri kelahiran masing-masing.  Pinjaman yang diberikan juga boleh ditukarkan ke bentuk biasiswa sekiranya mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.