KONVOKESYEN POLITEKNIK BANTING SELANGOR 2017

Majlis Konvokesyen PBS 2017 akan diadakan pada 22 Julai 2017 (Sabtu) jam 2.00 petang bertempat di Dewan Sri Putra, Politenik Nilai.

Sehubungan itu, dipohon kerjasama para Graduan untuk mengambil tindakan-tindakan berikut;

1. Melengkapkan BORANG JAWAPAN KEHADIRAN DAN SLIP BAYARAN sebelum atau selewat-lewatnya 23 Jun 2017 dan dihantar kepada;

Pengurusan Graduan Majlis Konvokesyen 2017
Jabatan Hal Ehwal Pelajar
Politeknik Banting Selangor
Persiaran Ilmu, Jalan Sultan Abdul Samad,
42700 Banting,
Selangor.

i. Klik SINI untuk muat turun GARIS PANDUAN MAJLIS KONVOKESYEN PBS 2017
ii. Klik SINI untuk muat turun SURAT JEMPUTAN KONVOKESYEN PBS 2017
iii.Klik SINI untuk muat turun BORANG JAWAPAN KEHADIRAN
iv. Klik SINI untuk muat turun PERATURAN PAKAIAN GRADUAN/IBUBAPA/TETAMU/GRADUAN

2. Membuat pembayaran ke akaun KOPERASI POLITEKNIK BANTING SELANGOR BERHAD (No akaun: 12074010066261) di mana-mana cawangan BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD (BIMB) berjumlah;

i. RM240 (Bagi Graduan Yang Hadir)
ii. RM115 (Bagi Graduan Yang Tidak Hadir)

(* Sila tuliskan Nama Penuh, No Pendaftaran Pelajar, dan No Kad Pengenalan di bahagian belakang slip pembayaran tersebut).

3. Dimohon para graduan untuk mengisi borang berikut: 

i. Bagi Graduan yang bekerja, sila isi borang KAJIAN PENGESANAN GRADUAN di SINI.
ii. Bagi Graduan yang tidak bekerja, anda perlu mengisi secara manual bersama Pegawai Tracer Study semasa pendaftaran konvokesyen pada 21 Julai 2017.

(* Sila cetak Slip Pengesahan Kajian dan serahkan semasa pendaftaran Konvokesyen pada 21 Julai 2017).


Sebarang kemusykilan berkaitan dengan Konvokesyen PBS 2017, sila berhubung dengan Penasihat Akademik masing-masing atau Jabatan Hal Ehwal Pelajar PBS.

Sekian, terima kasih.