Majlis Pertukaran Surat Hasrat Kerjasama (LOI) Antara Universiti Kebangsaan Malaysia dan Politeknik Banting Selangor

Majlis Pertukaran Surat Hasrat Kerjasama ( LOI ) antara Universiti Kebangsaan Malaysia dan Politeknik Banting Selangor telah diadakan pada 26 Februari 2016 di Hangar Politeknik Banting Selangor. Pihak UKM di wakili oleh Ketua Pusat Sains Angkasa (ANGKASA), Institut Perubahan Iklim, Universiti Kebangsaan Malaysia iaitu Prof. Ir. Dr. Mardina Abdullah manakala pihak PBS di wakili oleh Pengarah PBS, Tn. Hj. Zulkifli Md. Salleh.

Selaku institusi pendidikan yang bernaung di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia, adalah menjadi suatu keperluan kepada PBS untuk menjalinkan hubungan dengan industri, agensi luar serta sekolah bagi membolehkan pemindahan maklumat dan teknologi berlaku dengan lebih terancang dan mapan lagi.

Selain itu, melalui kerjasama strategik ini dapat membantu para pensyarah menjalankan penyelidikan, menyebarkan dapatan hasil kajian, mengembangkan hasil kajian dan mengadakan program, aktiviti atau seminar-seminar perkongsian ilmu secara bersama. 

Semoga dengan adanya hubungan baik ini akan menjalin perkongsian informasi dan pengetahuan ke arah pencapaian yang lebih baik dan menguntungkan kedua-dua belah pihak sekaligus dapat memberi impak kepada masyarakat sekeliling.