ENGINEERING CAREER DAY 2015

            Engineering Career Day 2015 Politeknik Banting Selangor (PBS) telah diadakan pada 8 September 2015. Sejajar dengan Formula Kecemerlangan PBS E=ƒ{A+G+C}, PBS telah merealisasikan ‘C’ iaitu Collaboration dalam melaksanakan Career Day dengan kerjasama 13 Industri yang telah turut sama memberikan taklimat untuk berkongsi ilmu pengetahuan pada sebelah paginya. Beberapa institusi pengajian tinggi (IPT) dan juga Sekolah Angkat Daerah Kuala Langat telah turut sama hadir bagi menjayakan career day ini. Antara IPT yang terlibat adalah Politeknik Nilai (PNS), Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA), Politeknik Port Dickson (PPD), Kolej Komunit Kuala Langat (KKKL), Institut Latihan Perindustrian Kuala Langat (ILP), Institut Kemahiran Belia Negara Kuala Langat (IKBN) dan juga Sekolah Angkat serta Sekolah Menengah Sains Banting.

            Pihak industri telah memberikan taklimat kerjaya kepada para pelajar tentang industri mereka dan peluang pekerjaan yang boleh diperoleh. Perkongsian dari Industri GS Paper & Packaging Sdn. Bhd,  Donghwa Fibreboard Sdn. Bhd, Secure Parking Corporation Sdn. Bhd, Antah Schindler Sdn. Bhd, E & M Education Counseling Centre Sdn. Bhd, NSK Micro Precision (M) Sdn. Bhd, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Selangor Human Resource Development Centre (SHRDC), Prasarana Malaysia Berhad, Swinburne University of Sarawak Campus, Can-One Bhd, Job Street.com dan Jabatan Meteorologi Malaysia,  telah membuka minda pelajar tentang peluang kerjaya selepas tamat pengajian. Ianya telah memberikan impak yang tinggi di mana ramai pelajar telah menghadiri sesi interview pada petangnya. PBS ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua di atas sokongan padu serta komitmen tinggi demi bersama-sama menjayakan Career Day ini.Turut juga bersama berkongsi pengalaman adalah Alumni PBS iaitu Mr. Chan Zhi Sheng yang sedang berkhidmat di SR Aviation dan Mr. Tan Yong Shen di Systematic Aviation Services Sdn. Bhd.