Ceramah Kemerdekaan sempena Program Patriotisme

Ceramah kemerdekaan anjuran Unit Pendidikan Islam, Jabatan Pengajian Am, Politeknik Banting (PBS). telah diadakan pada 8 Ogos 2015. Program tersebut bermula pada 8.00 pagi dan berakhir pada 1 tengahari  yang berlangsung di Dewan Kuliah utama, Politeknik Banting.

Program ini disertai oleh 130 orang pelajar semester satu PBS yang mengambil modul DUB1012, Pengajian Malaysia dan 12 orang pelajar semester dua PBS yang mengambil modul DUB2012, Nilai Masyarakat Malaysia. Slot ceramah disampaikan oleh En. Mohd Kamal bin Mohd Affandi dan En. Haslizar bin Rozally dari Biro Tata Negara.

Program Patriotisme ini diharap dapat memupuk dan menyemarakkan semangat patriotisme dan cintakan negara dalam kalangan warga PBS khasnya kepada peserta yang terlibat secara langsung dalam program ini.