HARI JABATAN MATEMATIK, SAINS DAN KOMPUTER (JMSK)

Hari JMSK (Jabatan Matematik, Sains dan Komputer) telah diadakan pada baru-baru ini bertempat di sekitar kampus Politeknik Banting Selangor (PBS) yang telah bermula daripada pukul 9.00 pagi dan berakhir pada jam 4.30 petang.

Sebanyak 3 aktiviti utama telah dibuat pada hari tersebut iaitu Science Project Competition, Treasure Hunt dan Booth Activities. Science Project Competition yang telah disertai oleh pelajar Diploma Kejuruteraan Mekanikal semester 1 yang telah menghasilkan Projek Air Pressure Car. Projek tersebut dipertandingkan untuk melihat kereta yang bergerak paling jauh dalam keadaan lurus. Selain itu, aktiviti Treasure Hunt juga diadakan yang telah disertai oleh semua pelajar semester 3 dimana mereka perlu mendapatkan klu disekitar PBS dan menjawab soalan tersebut dengan betul. Serentak dengan aktiviti yang dijalankan, pihak JMSK juga telah menyediakan 5 Booth Activities iaitu Tipsy, Tea Party, Puddle Jumper, Spin Doctor dan Right Brain Alphabet untuk semua staf dan pelajar PBS mengikut masa yang ditetapkan..

Diharapkan dengan adanya aktiviti seperti ini dapat meningkatkan minat pelajar terhadap mata pelajaran Sains Dan Matematik serta melahirkan para pelajar yang kreatif dan inovatif. Selain itu, aktiviti ini juga diharap dapat memupuk semangat setiakawan dalam bekerja secara berkumpulan dan seterusnya menjadi pemangkin kecemerlangan akademik pelajar lebih-lebih lagi di dalam bidang sains.

Sila klik link DI SINI untuk melihat aksi-aksi para peserta sepanjang Hari JMSK dijalankan.