AKAN DATANG!.............ENGINEERING CAREER DAY & FAIR 2015

Engineering Career Day & Fair 2015 yang dijangka akan diadakan pada 8 September 2015 akan membuka ruang kepada pihak industri / bakal majikan memperkenalkan industri / syarikat mereka kepada para pelajar di samping menemubual pelajar-pelajar Semester Akhir (pre-selection) serta lulusan politeknik (alumni) yang berpotensi menjadi tenaga kerja mereka. Seramai 200 pelajar disasarkan untuk menyertai hari kerjaya ini.

Pada masa yang sama, 2 alumni PBS daripada bidang MRO juga akan dijemput untuk satu sesi perkongsian berjudul “Heart2Heart Talk: The Real World Out There” bersama para pelajar PBS. Ini merupakan buat pertama kali sesi perkongsian sebegini diadakan bersama alumni PBS.