POLYTECHNICS DEBATE TRAINING

Unit Bahasa Inggeris, Politeknik Banting Selangor telah menganjurkan 'Polytechnics Debate Training' di sini selama dua hari yang bermula pada 11 Julai 2015 dan berakhir 12 Julai 2015. Latihan ini diadakan untuk memberi penyediaan kepada pelajar sebelum berentap di arena perdebatan bahasa Inggeris di Politeknik Mersing, Johor pada 3-6 Ogos 2015.

Selama dua hari ini, PBS telah menjemput seorang 'speaker' daripada Politeknik Ungku Omar iaitu En. Prapagaran Bala Krisnan yang mempunyai pengalaman yang luas di dalam debat bahasa Inggeris yang juga telah dihadiri oleh 5 buah politeknik iaitu Politeknik Sultan Hj. Ahmad Shah, (POLISAS) Kuantan, Politeknik Idris Shah (PSIS) Sabak Bernam, Politeknik Nilai (PNS), Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) Selangor dan Politeknik Ungku Omar (PUO) Ipoh.

Sepanjang latihan ini berjalan, para pelajar telah didedahkan kepada teknik-teknik perdebatan, teknik penguraian isi dan latihan didalam kumpulan.Semoga latihan yang diberikan ini dapat dimanfaatkan dan menjadi kekuatan untuk bertarung di arena perdebatan pada bulan Ogos 2015 nanti.

Sila klik DI SINI untuk melihat gambar-gambar latihan tersebut.