MAJLIS MENANDATANGANI NOTA KERJASAMA SEKOLAH ANGKAT POLITEKNIK (SAP)

Majlis Menandatangani Nota Kerjasama Sekolah Angkat Politeknik (SAP) ini telah dilaksanakan diantara Politeknik Banting Selangor (PBS) dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Jugra, Banting yang telah berlansung di dalam pesawat Boeing 737 bertempat di dalam Hangar PBS. Majlis yang bermula pada pukul 9.00 pagi telah disempurnakan oleh Pengarah PBS iaitu Tuan Haji Zulkifli bin Md Salleh bersama Tuan Haji Wahid bin Takat, iaitu Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Jugra yang turut disaksikan oleh Ustaz Ismail Hashim b Sulaiman wakil daripada PPD Hulu Langat, beberapa orang guru kaunselor, Ketua Jabatan dan Pensyarah PBS.

Program ini dilaksanakan bagi mempromosi dan memperkenalkan Politeknik KPM ke peringkat akar umbi mengenai kemasukan dan peluang melanjutkan pendidikan kepada pelajar lepasan SPM. Ini selaras dengan pertambahan politeknik yang kini mencecah 33 buah seluruh Malaysia.

Sebagai suatu usaha menyampaikan maklumat secara terus kepada pihak yang terlibat, ianya sangat penting bagi mengalakkan para pelajar sekolah terutama pelajar lepasan SPM untuk melanjutkan pelajaran mereka ke Politeknik.