PROGRAM JOM KE IPT LEPASAAN SPM/ STPM 2013 (AMBILAN KEDUA 2014)

Program Jom ke IPT Lepasan SPM/ STPM 2013 (Ambilan Kedua 2014) telah diadakan pada 12 Oktober 2014. Program ini bermula dari pukul 8.30 pagi hingga 1 petang yang bertempat di rumah kediaman Ybhg Tan Sri Dato’ Seri Paduka Dr Hj Shafie b Hj Mohd Salleh, Lot 63, Jalan Morib, Kampung Morib. Program ini adalah anjuran Yayasan Bestari Kuala Langat.

Politeknik Banting Selangor (PBS) telah dijemput untuk bersama-sama ke Program ini dan telah melibatkan seramai 2 orang pegawai dari Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan 2 orang pensyarah dari Jabatan Penyenggaraan Pesawat dan Jabatan Mekanikal.

          Program ini dijalankan adalah bertujuan untuk mempromosi IPTA Dan IPTS sekitar Daerah Kuala Langat dan membantu lepasan SPM dan STPM 2013 yang masih belum mendapat tempat untuk menyambung pengajian serta membantu ibubapa untuk mendapat maklumat yang tepat dan jelas berkaitan kemasukan pelajar ke IPTA dan IPTS.

             Dengan penglibatan PBS, ianya memberi pendedahan kepada Penduduk Daerah Kuala Langat tentang keperihatinan pihak PBS dalam menyampaikan maklumat kemasukan pelajar ke Politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia dan peluang menyambung pelajaran ke Politeknik yang patut diambil oleh lepasan SPM/ STPM 2013.