Kejohanan Ping Pong MSP 2014

Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kulim Kedah dengan kerjasama Majlis Sukan Politeknik telah menganjurkan Kejohanan Ping Pong MSP 2014 pada 17 hingga 21 September 2014 yang lalu. Sebanyak 11 buah politeknik telah mengambil bahagian bagi kategori lelaki dan 5 buah politeknik bagi kategori perempuan. Kejohanan kali ini diadakan bagi tujuan mencungkil bakat baru dalam sukan ping pong untuk diketengahkan ke kejohanan yang lebih tinggi.

Pasukan Ping Pong PBS membuat penampilan sulung dengan menyertai kejohanan pada tahun ini bagi kedua-dua kategori. Kategori lelaki terbahagi kepada dua kumpulan manakala kategori perempuan bermain secara liga yang terdiri daripada 5 politeknik sahaja. Pasukan PBS kategori lelaki hanya sekadar berpuas hati dengan menduduki tempat ketiga dan gagal meneruskan perjuangan ke peringkat separuh akhir. Namun begitu pasukan wanita berpuas hati di tempat ke empat daripada lima pasukan yang bertanding.

Kejohanan ini banyak memberi pendedahan serta pengalaman baru kepada pemain PBS khususnya dan akan di perbaiki untuk kejohanan yang akan datang. Namun begitu, PBS berpuas hati dengan prestasi yang dipamerkan memandangkan latihan yang begitu singkat sebelum menghadapi perlawanan dan akan berusaha untuk meningkatkan lagi mutu permainan dan latihan demi mengharumkan nama PBS.