Kejohanan Badminton MSP 2014 SIRKIT 1

Pada 25 hingga 29 September 2014, Kejohanan Badminton MSP 2014 Sirkit pertama telah diadakan di Kelab Badminton Bukit Dahlia, Johor Baharu yang dianjurkan oleh Politeknik Ibrahim Sultan dengan kerjasama Majlis Sukan Politeknik Malaysiai bagi tahun 2014. Sirkit yang kedua akan diadakan pada Karnival Sukan MSP di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan Grand Final akan diadakan di Politeknik Tunku Syed Sirajuddin, Perlis.

PBS telah menyertai kejohanan ini bagi kategori lelaki sahaja iaitu 2 individu dan 2 beregu. Pemain-pemain PBS tidak dapat meneruskan perjuangan apabila terkandas diperingkat pusingan yang pertama. Namun begitu, mereka dapat menimba pengalaman baru apabila bertanding dengan lawan yang lebih berpengalaman dan berkemahiran tinggi dalam dunia badminton.

Kejohanan ini sedikit sebanyak dapat memberi pendedahan kepada pemain PBS khususnya dalam menyertai kejohanan besar dan menjadikan kekalahan sebagi permulaan untuk terus berjaya di masa akan datang. Namun begitu, PBS berpuas hati dengan prestasi yang dipamerkan memandangkan latihan yang begitu singkat sebelum menghadapi perlawanan dan akan berusaha untuk meningkatkan lagi mutu permainan dan latihan demi mengharumkan nama PBS.