Jugra International Paragliding Accuracy Championship

             Jugra International Paragliding Accuracy Championship(JIPGAC) 2014 telah diadakan pada 20 dan 21 September 2014. Pertandingan ini bermula pada pukul 9 pagi sehingga 5 petang yang bertempat di Bukit Jugra, Banting, Selangor dan telah  dianjurkan oleh Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) dengan kerjasama Selangor Tourism dan Malaysia Gliding Association.

             Politeknik Banting Selangor (PBS) telah dijemput ke pertandingan berprestij ini dan telah melibatkan seramai 2 orang pensyarah dan 9 orang pelajar daripada Jabatan Penyenggaraan Pesawat sebagai pengadil kejohanan yang berperanan sebagai sekretariat, launch marshal (take off), official (landing) dan diketuai oleh Lt Kol (B) Basir.

             Pertandingan antarabangsa ini turut disertai oleh warganegara Sepanyol, Filipina, Indonesia dan Singapura selain Malaysia selaku tuan rumah. Pemenang pertandingan ini berdasarkan kepada ketepatan pendaratan juruterbang paragliding pada titik tengah kawasan mendarat. Pendaratan yang paling tepat akan memperolehi markah 000. Oleh sebab itu, peserta dengan markah yang terendah merupakan pemenang

             Dengan penglibatan PBS, ianya memberi pendedahan kepada pensyarah dan pelajar kepada pengendalian sukan yang bertaraf antarabangsa,selain dapat memupuk minat mereka dalam aktiviti sukan udara paragliding. 

 

Klik Di Sini untuk melihat gambar aktiviti