Program 2013 Helicopter Smart Control Competition

Para pelajar telah dipecahkan kepada 2 kumpulan iaitu ”Pasukan PBS 1 dan PBS ” yang terdiri daripada 4 orang pelajar bagi setiap kumpulan. Selepas mendengar taklimat Bengkel Helikopter Sesi 1 & 2, para pelajar diminta untuk melakukan persembahan berkumpulan bersama kit helikopter yang telah diprogramkan.

Pasukan PBS 2 telah berjaya mendapat tempat ketiga dalam pertandingan ini dan membawa pulang wang tunai bernilai RM 400.00, trofi dan makan malam di Marriot Hotel, Putrajaya bersama angkasawan negara iaitu Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor. Turut hadir bersama ialah Pengarah Politeknik Banting, Hj Zulkifli B. Md Salleh.

Program berjalan dengan lancar dan ia merupakan satu platform untuk memberi ruang kepada para pelajar untuk mengaplikasikan teknologi yang terkini berkenaan helikopter berkawalan jauh.