Kempen Gaya Hidup Sihat PBS

Antara aktiviti yang dijalankan ialah Perasmian Gimnasium PBS, Acara Senamrobik, Aktiviti Derma Darah dan Pemeriksaan Kesihatan oleh Hospital Ampuan Rahimah, Klang. Diharapkan dengan kempen yang akan dijalankan ini juga dapat menerapkan nilai-nilai murni dan sifat bertanggungjawab di dalam setiap jiwa warga PBS dengan menghargai gaya hidup sihat. Diharapkan dengan kempen ini juga dapat memupuk sifat saling membantu dan bekerjasama serta menjadi budaya semua warga PBS.

Dengan terlaksananya program ini, HEP ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat iaitu staf dan pelajar PBS, Pegawai-pegawai dari Hospital Tuanku Ampuan Rahimah, Pegawai-pegawai dari Pejabat Kesihatan daerah Kuala Langat dan para pelajar dari Institut Latihan Perindustrian Kuala Langat.