Lawatan P&P Program Seni Bina Dari Jabatan Seni Bina, Politeknik Port Dickson (PPD) Ke Politeknik Banting Selangor (PBS)

Para pelajar dan pensyarah telah diberi lawatan oleh Ketua Program dari Jabatan Penyenggaraan Pesawat (JPP) iaitu Encik Firdaus Bin Dahalan ke Hangar Pesawat di kampus PBS untuk mendedahkan pelajar kepada pembinaan struktur besi Hangar. Topik ini merupakan salah satu subjek yang terdapat di dalam modul mereka. Ini adalah selaras dengan pelaksanaan Outcome Based Education (OBE) yang mementingkan hasil pembelajaran pelajar setelah mereka menjalani pembelajaran dan latihan secara amali dan praktikal.

PBS berharap dengan adanya lawatan ini, para pelajar dari Program Seni Bina dapat memperoleh ilmu yang bermanfaat selain meningkatkan tahap kefahaman mereka terhadap topik tersebut. Selamat Maju Jaya dari kami di PBS!