Kursus “Enhance TIG and MIG Welding Skill”

Jabatan Kejuruteraan Mekanikal telah menganjurkan Kursus ‘Enhace TIG dan MIG Welding Skill’ secara bersama dengan Jabar Emas Resources pada 6, 7 dan 13 September 2014 yang lalu.

 Kursus ini diadakan adalah untuk menambah kemahiran dan pengetahuan pelajar dalam kimpalan TIG dan MIG dengan memenuhi kehendak industri. Seramai 14 orang pelajar dan 4 orang pensyarah menyertai kursus ini yang diadakan di Welding & Metal Fabrication Workshop’.

Sepanjang kursus ini dijalankan, pelajar dan pensyarah telah menunjukkan respon yang positif dan sentiasa proaktif dalam mendapatkan kimpalan yang terbaik. 

Sila klik Di Sini untuk melihat gambar