Bengkel “Focus Group Dialogue: Way Forward in The Aerospace Education & Training Sector”

Pada 15 November 2014, satu Focus Group Dialogue yang membawa tema “Way Forward in The Aerospace Education & Training Sector” telah berjaya diadakan di Amverton Gove Golf & Island Resort.

Bengkel ini dianjurkan melalui kerjasama yang sinergis antara PBS dan BHIP JPP dan disempurnakan oleh YBhg. Datuk Hj. Mohlis bin Jaafar, Ketua Pengarah JPP.

Antara objektif utama bengkel ini diadakan adalah untuk:

i.    mewujudkan jaringan kolaborasi yang sinergis antara pihak awam (iaitu Jabatan dan Politeknik) dengan pihak swasta / industri sebagaimana yang disarankan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan Malaysia semasa menyempurnakan Majlis Penyerahan Pesawat MAS pada 28 April yang lepas; dan

ii.   menyediakan satu platform yang kondusif yang menghimpunkan pakar-pakar daripada pelbagai industri yang relevan, khususnya bidang penerbangan (Aviation) dan pembuatan (Aero Manufacturing), untuk satu sesi wacana intelek.

Seramai 70 peserta daripada pelbagai industri, agensi, kementerian, dan institusi telah berhimpun dan mengambil bahagian aktif dalam sesi perbincangan serta perkongsian idea.