Mesyuarat Jawatankuasa Penasihat Industri Ke-3 Tahun 2014

Politeknik Banting Selangor (PBS) sangat bertuah kerana mendapat sokongan padu serta komitmen tinggi daripada pihak rakan industri, khususnya penasihat industri, yang selama ini telah berkongsi kepakaran serta pengalaman mereka yang telah membantu PBS mengorak langkah ke hadapan.

Di sepanjang tahun 2014, Jawatankuasa Penasihat Industri PBS telah berjaya bersidang sebanyak 3 kali dan bagi mesyuarat ini, ianya telah diadakan pada 14 November 2014 di Amverton Cove Golf & Island Resort yang telah dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Dr. James Alfred.

Mesyuarat dihadiri oleh YBhg. Lt. Col.(R) Datuk Ir. Kamarulzaman Zainal (MiGHT), YBrs. Prof. Madya Ir. Abu Hanifah (UniKL MIAT), YBrs. En. Izham Zakaria (SHRDC), YBrs. Pn. Sew Yee Sir (NSK Micro Precision Sdn. Bhd.), YBrs. En. Mohd. Hassan Hafiz (TPM) dan YBrs. En. Tung Chee Kuan (BHIP JPP).

PBS ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Ahli Penasihat Industri PBS dan Jabatan Pengajian Politeknik (JPP) yang sentiasa memberikan komitmen dan sokongan agar PBS menjadi sebuah institusi yang berjaya di masa hadapan.