RC AEROMODELING DIY WORKSHOP

RC Aeromodeling DIY Workshop telah diadakan pada 11 Oktober 2014. Bengkel ini bermula pada pukul 8 pagi sehingga 5 petang yang bertempat di Aircraft Sturcture Lab, Hangar Politeknik Banting Selangor dan telah dianjurkan oleh Kelab Jabatan Penyenggaraan Pesawat.

Kelab Jabatan Penyenggaran Pesawat menganjurkan bengkel ini untuk menarik minat pelajar-pelajar baru DAM dalam bidang yang diceburi. Seramai 45 orang pelajar DAM 1 dan 5 menyertai bengkel ini termasuk ahli jawatankuasa. Bengkel ini dibimbing oleh bekas pelajar DAM iaitu saudara Muhamad Faris Bin Muhamad Pozi (UniKL MIAT) dan saudara Mohd Amirul Hazim Bin Abdul Karim (Airfoil Services).

Pada sebelah pagi, peserta telah dibahagikan kepada 7 kumpulan untuk membina kapal terbang masing-masing. Sebelum membuat kapal terbang tersebut, peserta diberi taklimat oleh pengajar bengkel tersebut. Bahan-bahan telah dibekalkan oleh pihak Jabatan Penyenggaraan Pesawat. Peserta telah dibimbing oleh Encik Hazim dan Encik Faris untuk membina kapal terbang masing-masing serta mengendalikan kapal terbang masing-masing.

Setelah kapal terbang disiapkan, pengajar telah menujukkan satu demostrasi cara pengendalian alat kawalan jauh untuk menerbangkan kapal terbang di Hangar Politeknik Banting Selangor. Peserta berjaya menerbangkan kapal terbang masing-masing setelah dibimbing oleh tenaga pengajar.

Dengan penglibatan pelajar-pelajar DAM, bengkel ini dapat menarik minat pelajar-pelajar DAM justeru meningkatkan daya kreativiti melalui bengkel pembinaan pesawat kawalan jauh ini. Ini sekaligus dapat menyerlahkan ciri kepimpinan dan bakat pelajar dalam membentuk dan mentadbir sesuatu program.