Perbincangan Kerjasama dengan SAE

Pada 4 Julai 2013, satu perbincangan Latihan Industri untuk pelajar-pelajar Politeknik Banting (PBS) telah diadakan di Sepang Aircraft Engineering (SAE), Sepang. Wakil daripada PBS dihadiri oleh beberapa orang pensyarah PBS iaitu En. Ahmad Firdaus, En. Siva dan En Teoh, manakala wakil daripada SAE pula ialah En. Ibnu Hidayat Bin Ishak. Perbincangan ini membincangkan mengenai penempatan pelajar untuk menjalani latihan industri di SAE pada sesi Jun 2013.