Sesi Temuduga Pelajar DAM Oleh SR Technics Di PBS

SR Technics merupakan sebuah syarikat MRO yang bertaraf antarabangsa dan telah memilih Malaysia sebagai hub Asia Pasifik bagi mengembangkan sayap perniagaan mereka dalam bidang membaik pulih komponen pesawat. Sehubungan dengan itu, Politeknik Banting Selangor (PBS) tidak mahu ketinggalan dalam menjalinkan hubungan industri dengan syarikat bertaraf antarabangsa tersebut. Hasil daripada kerjasama yang dijalankan, pihak SR Technics telah berminat untuk mengambil pelajar-pelajar PBS untuk menjadi sebahagian daripada tenaga kerja syarikat tersebut. Pada 4 Julai 2013, 4 orang wakil dari SR Technics telah menjalankan sesi temuduga pelajar bertempat di Perpustakaan PBS. Temuduga tersebut merangkumi 3 peringkat saringan iaitu ujian IQ & Bahasa Inggeris, ujian praktikal dan sesi temuduga. Seramai 6 orang pelajar yang hadir dan 5 orang telah berjaya melepasi ke sesi temuduga.