Mesyuarat Jawatankuasa Penasihat Industri Bilangan 1 Tahun 2013

Pada 8 Julai 2013, Politeknik Banting Selangor (PBS) telah menganjurkan satu Mesyuarat Jawatankuasa Penasihat Industri bilangan 1 tahun 2013 bertempat di bilik persidangan PBS. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YBhg Tan Sri Dato’ Prof. Dr. James Alfred, selaku presiden jawatankuasa penasihat industri. PBS juga berbesar hati di atas kehadiran ahli-ahli penasihat yang lain. Mesyuarat pada kali ini telah membincang dan menekankan tentang halatuju PBS untuk menjadi lebih berdaya saing.