Majlis Penyerahan Sumbangan Kepada YPIN Cawangan Sg. Manggis

Pada 5 Julai 2013 telah diadakan Majlis Bersama Jabatan dan Penyerahan Sumbangan Kepada Rumah Amal Anak Yatim Yayasan Pembangunan Insan Nasional(YPIN) Cawangan Sungai Manggis bertempat di Dewan Kuliah Utama Politeknik Banting Selangor(PBS). Majlis tersebut turut dihadiri Pengasas Rumah Amal Anak Yatim YPIN Sungai Manggis iaitu Datuk Ibrahim bin Osman. Majlis penyampaian sijil Anugerah Ketua Jabatan telah disampaikan oleh Pengarah Politeknik Banting Selangor iaitu Encik Tung Chee Kuan manakala upacara penyerahan sumbangan hasil kutipan Program Amal ‘Cuci Kereta’ telah dilakukan oleh ketua kelas DAM 3A selaku pengurus projek amal kepada Datuk Ibrahim bin Osman sambil disaksikan oleh Pengarah Politeknik Banting Selangor.