Jalan Ria 10,000 Langkah

Pada 6 Julai 2013, Politeknik Banting Selangor melalui Jabatan Hal Ehwal Pelajar telah menyertai Program Bulan Kecerdasan Peringkat Kebangsaan 2013 Jalan Ria 10,000 Langkah 1 Murid 1 Sukan. Program yang berlangsung di Dataran Putrajaya, Presint 3 itu turut disertai oleh wakil dari Politeknik Port Dickson, Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Politeknik Nilai dan Politeknik METrO Kuala Lumpur. Program ini dirasmikan oleh Menteri Pendidikan II, Y.B Datuk Idris Bin Jusoh.