Bengkel Penulisan Kertas Kajian

Seramai 32 orang pensyarah PBS telah Menghadiri Bengkel Penulisan Kertas Kajian anjuran Unit Penyelidikan dan Inovasi. Bengkel yang diadakan pada 19 dan 22 Julai ini, dikendalikan oleh Dr. Norhayati binti Zakaria sebagai penceramah dan Puan Normaslina binti Jamil sebagai fasilitator. Bengkel ini menerangkan langkah-langkah penulisan kertas kajian bagi kajian tindakan. Pelbagai jenis kajian telah dihasilkan oleh pensyarah-pensyarah PBS merangkumi bidang pembangunan manusia, pengurusan pengajaran dan pembelajaran dan kemudahan infrastruktur. Hasilnya, setiap pensyarah iaitu secara individu ataupun berkumpulan berjaya memulakan sebuah Kertas Kajian. Kertas-kertas kajian ini akan dibentangkan semasa seminar atau persidangan di peringkat jabatan, kebangsaan atau antarabangsa.