Lawatan Akademik Ke TPM Engineering Sdn.Bhd. Technology Park Malaysia, Bukit Jalil

Pada 23 Julai 2013 yang lalu, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal telah mengadakan Lawatan Akademik ke TPM Engineering Sdn. Bhd. di Technology Park, Bukit Jalil. Seramai 41 orang pelajar semester 1, Diploma Kejuruteraan Mekanikal turut serta dalam lawatan ini dan diiringi oleh 3 orang pensyarah dari jabatan tersebut iaitu Pn. MManiyarasi, Pn. Uma Devi a/p Nadarajah dan Pn. Asiah Binti Yunos.

Lawatan ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar berkenaan dengan pemesinan, fabrikasi, konsep 5S dan mempelajari keselamatan di perindustrian. Respon yang diberikan oleh para pelajar amat menggalakkan apabila mereka mengajukan beberapa soalan yang memberangsangkan kepada pihak tuan rumah. Lawatan ini diakhiri dengan penyampaian sijil dan cenderahati daripada pihak TPM Engineering Sdn. Bhd.