Youth In Community: Program Memasak Bubur Lambuk Sempena Bulan Ramadhan

Pada 28 Julai 2013 yang lalu, Politeknik Banting Selangor (PBS) melalui Unit Hal Ehwal Pelajar telah menyertai Program Youth In Community: Program Memasak Bubur Lambuk Sempena Bulan Ramadhan anjuran Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) bertempat di Surau Al-Firdaus, Taman Banting Baru, Banting. Seramai 20 orang pelajar PBS bersama penduduk Taman Banting Baru terlibat dalam program tersebut sekaligus mewujudkan kerjasama di antara PBS dan komuniti setempat. Program tersebut telah berjaya menghasilkan lebih 2000 bungkus bubur lambuk yang telah diedarkan ke masjid-masjid, Institusi Pengajian Tinggi berhampiran, pengunjung Bazar Ramadhan dan penduduk Taman Banting Baru. Aktiviti ini juga berjaya mengeratkan persefahaman diantara warga PBS dan komuniti setempat.