Kembara Komuniti dan CSR Merdeka 2013

Program Kembara Komuniti dan CSR Merdeka 2013 telah berlangsung di SK Sungai BumBun, Pulau Carey pada 24 Ogos 2013, yang dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik Banting Selangor (PBS). Program ini dijayakan oleh 7 orang staf dan 38 orang pelajar PBS. Program ini bertujuan untuk menjiwai kemerdekaan dan semangat patriotism, dan juga dapat memberi khidmat bakti untuk menanamkan sifat keprihatinan dan sedia berbakti kepada masyarakat.