CiE-TVET 2013

Persidangan Pendidikan (Penyelidikan dan Inovasi) dalam Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional 2013 atau lebih dikenali sebagai CiE-TEVT 2013 telah diadakan pada 2 dan 3 September 2013 di Hotel Permai Inn, Kuala Terengganu yang bertemakan Pemerkasaan Penyelidikan dan Inovasi ke Arah Transformasi TVET. Politeknik Banting Selangor (PBS) juga tidak melepaskan peluang untuk terlibat sama dalam pembentangan ini di mana sebanyak 4 kertas kajian telah dibentangkan di Persidangan Pendidikan di sini. Persidangan ini juga merupakan anjuran bersama Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dengan Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Politeknik, Jabatan Pengajian Politeknik. Persidangan ini telah disertai lebih 200 orang peserta dari seluruh Politeknik dan Universiti di Malaysia.