Lawatan Ke Malaysia Airlines System (MAS)

Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Politeknik (JPP) iaitu YBhg. Datuk Hj. Mohlis bin Jaafar bersama Pengarah Politeknik Banting Selangor (PBS) iaitu Tn. Hj. Zulkifli bin Md. Salleh beserta pegawai-pegawai daripada Jabatan Kejuruteraan Penyenggaraan Pesawat (JKPP) telah mengadakan lawatan ke Malaysia Airlines System (MAS) iaitu di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang pada 12 September 2013.

Lawatan ini juga memberi peluang kepada JPP dan pihak MAS untuk membincangkan beberapa perkara strategik secara bersama. Antara perkara yang dibincangkan ialah perpindahan pesawat Boeing 737-400 ke PBS dan juga penerokaan dalam pelanjutan kerjasama strategik antara PBS dengan pihak


Di akhir perbincangan tersebut, kedua-dua belah pihak bersetuju bahawa penyediaan dan pemberian pengajaran dan pembelajaran yang terbaik merupakan elemen penting dalam pembentukkan kecemerlangan pelajar dan juga institusi untuk masa hadapan.