Seminar Penyelidikan Pendidikan & Teknologi (SPPT) 2013

Seiring dengan hasrat negara untuk membangun dalam model ekonomi yang baharu serta selaras dengan inisiatif  Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara, Politeknik Malaysia perlu diperkasakan dengan imej baharu supaya ia mampu bersaing dan menjadi institusi pilihan utama pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia.  Bagi mencapai agenda tersebut, pelbagai insiatif sedang dilaksanakan. Sejajar dengan kehendak negara, Politeknik Banting telah menyahut cabaran tersebut dengan mengadakan kursus dan bengkel kajian tindakan bagi memperkenalkan dan membudayakan aktiviti penyelidikan dalam kalangan tenaga pengajar. Justeru itu, hasil dari penyelidikan yang telah dijalankan, maka “Seminar Penyelidikan Pendidikan & Teknologi (SPPT) 2013” telah dirancang bagi membolehkan ahli akademik dan pentadbir akademik membentang dan berkongsi hasil penyelidikan yang telah dijalankan. Diharapkan seminar ini akan dijadikan sebagai platform bagi membincangkan isu-isu utama berkenaan pendidikan dan teknologi bagi meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran dalam melahirkan pelajar yang cemerlang dan berketrampilan.