Program Integriti dan Motivasi Kakitangan

Dr. Ridzwan Bin Bakar telah dijemput sebagai Penceramah Jemputan dari Fakulti Pengurusan, Universiti Multimedia merupakan Pengerusi Pusat Kecemerlangan Bisnes (CeBP) dan juga seorang penulis buku yang terkenal di Malaysia. Beliau telah memberikan dua (2) ceramah pada program ini iaitu Tataurus & Integriti: Membentuk Budaya Kerja Cemerlang serta Integriti dan Seni Ceria di Pejabat kepada para peserta.

Dengan adanya ceramah ini, para peserta dapat mengaplikasikan pemikiran, kemahiran dan strategi yang betul dalam mencapai integriti kakitangan dan organisasi. Selain itu juga, peserta akan terbangun sebagai individu yang sentiasa bermotivasi, berpencapaian tinggi, menunjukkan prestasi berkualiti, mendapat kepuasan kendiri (self-satisfaction) dan memperolehi kestabilan dalam menguruskan kehidupannya sebagai individu dan penjawat awam yang lebih cemerlang.