PBS English Camp 2013

Selama program ini dijalankan, pelbagai aktiviti telah dilakukan bersama para fasilitator bukan sahaja pada waktu siang tetapi juga pada waktu malam. Aktiviti yang ditunggu-tunggu oleh peserta adalah ‘Jamboree Night’ dimana setiap peserta dikehendaki menyediakan persembahan yang kreatif dan unik untuk dipersembahkan kepada para peserta yang lain. Dengan adanya aktiviti-aktiviti ini, para peserta secara tidak langsungnya dapat membina keyakinan diri dalam berkomunikasi di dalam bahasa inggeris selain dapat mengasah bakat yang terpendam.

Penutupan program ini telah dilakukan oleh Pengarah PBS iaitu Tn Hj Zulkifli Bin Md Salleh . Turut menghadiri pada majlis penutup ini ialah Timbalan Pengarah Akademik (TPA) iaitu Dr. Norhayati Binti Zakaria, En M. Zulfazli Bin Raub Khan, pensyarah JPP serta pensyarah-pensyarah Bahasa Inggeris. Program ini berakhir dengan penyampaian hadiah kepada pemenang dan juga sesi bergambar.