Mesyuarat Penasihat Kurikulum Diploma Kejuruteraan Penyenggaraan Pesawat (DAM) Jabatan Penyenggaraan Pesawat (JPP) PBS

Mesyuarat yang dijalankan telah berjaya mencapai matlamatnya di mana pihak industri telah memberi pandangan dan pendapat mereka terhadap kurikulum yang dibangunkan dan secara tidak langsungnya pihak JPP, PBS dapat membuat penambahbaikan terhadap kurikulum yang dibangunkan.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Pengarah PBS iaitu Tn. Hj Zulkifli Bin Md Salleh dan telah disertai oleh Timbalan Pengarah Akademik, Dr. Norhayati Binti Zakaria bersama 7 orang pensyarah dari Jabatan Penyenggaraan Pesawat, PBS.