Sebelum ◁ | ▷ Selepas

Juara WPPL-National Grassroots Development Program

Pada Ahad 19 Mac 2017 yang lepas, pasukan paintball “PBS Charliebrown” telah menjadi Juara pusingan pertama di pertandingan paintball WPPL-National Grassroots Development Program. Kejayaan ini sekaligus mengharumkan nama PBS di peringkat kebangsaan. Pasukan yang terdiri daripada Encik Norhaslan Hashim bin Hassim (Penasihat Pasukan) dan 6 orang pelajar iaitu Mohammad Shazwan Bin Mat Johan, Ahmad Fareez Bin Abdul Ghani, Mohammad Annas Ridzwan Bin Anuar, Muhammad Hazim Bin Zairuddin, Muhamad Azhari Bin Azmi dan Zaeim Farhan Bin Mohd Sazali telah menyertai pertandingan ini.

Bertempat di padang paintball Amverton Cove Golf & Island Resort, program anjuran Kelab Paintball Werdna Hol Sports ini juga adalah program yang mendapat sokongan Kementerian Belia dan Sukan dan para pengadil daripada Malaysian Paintball Referee Organization (MPRO). Penganjuran program ini adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan awal di samping mengajar dan memberikan pengalaman kepada anak-anak muda yang masih baru dalam permainan paintball.

Semoga kejayaan ini akan terus dikekalkan di dalam dua siri yang akan datang dan seterusnya di dalam pertandingan-pertandingan yang lain.. Tahniah diucapkan kepada PBS Charliebrown!

 

**Untuk melihat gambar, sila layari Facebook PBS

Hubungi Kami